Jumaat, 26 Februari 2010

Latihan : kata Kerja

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1) Puan Salina____________ kurma ayam dan rendang daging untuk hidangan makan malam.
A menggoreng C menjerang
B memasak D memotong

2) Kapal terbang itu akan _________ dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 10.45 malam.
A berlepas C bertolak
B berangkat D berjalan

3) Kami________terbahak-bahak apabila mendengar kisah Angan-angan Mat Jenin.
A menangis C ketawa
B menjerit D melompat

4) Encik Teh__________rumahnya dengan lampu berwarna-warni untuk menyambut Tahun Baru Cina.
A membakar C menconteng
B membersihkan D menghiasi

5) Mangsa-mangsa banjir itu telah_____ke tempat yang lebih selamat sehingga air surut.
A berpindah C berlari
B bermain D berdiri

6) Encik Fadli_________ sanak saudadaranya datang ke majilis perkahwinan anak bongsunya.
A meminta C mengangkut
B menjemput D menghantar

7) Kami sekeluarga ______di tepi kolam itu sambil melihat anak-anak ikan berenang
A berpindah C berehat
B beradu D berlatih

8) Pemandu bas mini itu_______ dengan laju tanpa menghiraukan keselamat para penumpang.
A membawa C mengangkut
B memandu Dmenunggang

9) Budak-budak itu__________ bertempiaran apabila ternampak lelaki gila itu menuju ke arah mereka.
A duduk C tidur
B turun D lari

10)Ular sawa yang _____ayam-ayam Pak Cik Harun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung.
A membunuh C mengulung
B mematuk D memakan

Read more...

Simpulan bahasa

Latihan Simpulan Bahasa

Isi tempat-tempat kosong dalam ayat di bawah dengan simpulan bahasa yang sesuai.

lidah bercabang, mandi peluh, minta nyawa, atas pagar,

paku belanda, pilih kasih, ajak-ajak ayam,

balik gagang, berpeluh tubuh, gulung tikar

1. Pekerja-pekerja ladang .......................untuk menyara keluarga.

2. Harga barang jualan di kedai itu ....................... .

3. Sewaktu kami bekerja budak itu .................... sahaja.

4. Guru kelas kami tidak ....................... antara murid-muridnya.

5.Jangan terima jemputan itu, dia ...................... sahaja.

6. Banduan yang dihukum mati kerana dadah telah ......................supaya dipenjarakan sahaja.

7. Dalam pemilihan ketua, sekulpulan penduduk duduk......................... .

8. Jangan percaya dengan orang itu, dia ...................... .

9. Semalam baru kami tahi mereka itu ....................... .

10. Peniaga itu terpaksa ........................ kerana mengalami kerugian besar.

¡¡

Read more...

latihan : Kata Seruan

Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1._________, lebatnya buah langsat dan buah mempelam di belakang rumah awak!

A. Wah
B. Cis
C. Nah
D. Oh

2._________, jadi awaklah yang menghantar sejambak bunga ros kepada saya semalam!

A. Amboi
B. Wah
C. Oh
D. Nah

3._________, berseri-seri muka garis itu semenjak menjadi pengantin baru!

A. Aduh
B. Oh
C. Wah
D. Amboi

4._________, ambil duat ini dan pergi belikan gula-gula untuk adik kamu!

A. Nah
B. Oh
C. Cis
D. Aduh

5._________, senorok betul budak-budak itu mencari siput sedup di dalam sawah padi!

A. Oh
B. Amboi
C. Cis
D. Nah

6._________, berani kalian berdua mengkhianati kepercayaan beta!

A. Wah
B. Amboi
C. Oh
D. Cis

7._________, meriahnya suasana Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina pada tahun ini!

A. Oh
B. Wah
C. Aduh
D. Cis

8.________, rupa-rupanya Zalehalah yang membocor rancangan kami itu!

A. Oh
B. Cis
C. Amboi
D. Wah

9._________, begini rasanya gulai tempoyak ikan sembilang!

A. Amboi
B. Aduh
C. Oh
D. Wah

10._________, banyaknya nasi yang dimakan oleh budak lelaki yang gemuk itu!

A. Cis
B. Oh
C. Wah
D. Nah

Read more...

Latihan : penjodoh bilangan

patah naskhah utas rawan ulas

tongkol ketul pasukan pucuk tandan


1.Lori itu mengangkut berpuluh-puluh ________ kelapa sawit.

2.Se_______ majalah diambilnya dari rak buku.

3.Panjangnya karangan itu kira-kira seratus_______ kata.

4.Pengakap itu sedang menyimpul se______ tali.

5.Beberapa ________ batu yang berada di dalam longkang itu telah menghalang air daripada mengalir.

6.Emak saya sedang merebus lapan _____ jagung.

7.Dua _______ pukat tersidai di tengah panas.

8.Di depan muzium itu terdapat dua_______ meriam.

9.Se____ bola sepak sedang berlatih di padang.

10.Adik saya makan lima ________ nangka, yang lebih disimpannya di dalam peti sejuk.

Read more...

Latihan : Kata depan

di ke dengan seperti daripada
oleh tentang hingga pada sebagai
sejak selama untuk dari akan

1.Kami datang __________ Indonesia.

2.Mereka tiba __________pukul tiga petang.

3.Cincin ini dibuat __________ emas.

4.Ali bermain catur __________ Osman.

5.Dia sangat sayang ___________ kucingnya.

6.Pelajar-pelajar berhimpun ___________ padang.

7.Hujan lebat turun _____________ pagi tadi.

8.Kuih ini dibuat _____________ kakak.

9.Mereka ke pulau Kapas __________ tiga hari.

10.Dia akan __________ Pulau Pinang minggu depan.

Read more...

Khamis, 18 Februari 2010

Ayat - Ayat

Ayat Aktif
 
Dalam Ayat Aktif, subjek sebagai perkara utama yang diterangkan dalam satu ayat
Subjek dihadapan kata kerja transitif dan objek seperti berikut.
Subjek Kata Kerja Transitif Objek
1. Penjaja itu menjual nasi lemak dan kuih
2. Ibu memuji adik
Ayat Pasif
 Ayat Pasif berlawanan dengan ayat aktif.
Dalam ayat pasif, objek diletakkan pada permulaan ayat.
Objek Kata Kerja Transitif Subjek
1. Balai raya dibina oleh penduduk kampung damai
2. Esei itu dikarang oleh Zaini

Read more...

"di peringkat" atau "pada peringkat"

Dalam bahasa Melayu, penggunaan frasa sendi nama "di" peringkat didapati leluasa. Lihatlah ayat-ayat yang di bawah ini:

1. Pemain badminton perseorangan negara kita telah berjaya mengalahkan pemain dari negara China di peringkat separuh akhir.

2.Kadar elaun khas yang kini di peringkat akhir perincian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) itu bagaimanapun akan bergantung pada jarak serta kemudahan asas di sesuatu kawasan terbabit.

Untuk menentukan penggunaan frasa sendi nama di peringkat dalam ayat (1) dan (2) di atas sama ada betul atau salah, marilah kita melihat penggunaan kata sendi nama di dan pada dalam ayat.

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama di tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman.

Kata sendi nama pada pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu.

Dengan berdasarkan penggunaan kata sendi nama di dan pada seperti yang dinyatakan di atas, didapati bahawa penggunaan kata sendi di dan pada dalam frasa di peringkat dan pada peringkat tidak jelas. Persoalannya ialah adakah peringkat menunjukkan konsep tempat atau keterangan waktu dan tempat? Yang jelas ialah peringkat bukan menerangkan tempat. Oleh sebab itu, penggunaan frasa sendi nama "di peringkat" tidak tepat.
Peringkat bermaksud kedudukan mengikut tarafnya atau tingkatannya. Oleh hal yang demikian, frasa yang tepat ialah pada peringkat. Hal ini diperkukuh apabila penyusun Kamus Dewan Edisi Ketiga mengemukakan ayat contoh seperti yang berikut:

3, Rundingan mengenai pertahanan Asia Tenggara pada peringkat menteri akan diadakan tidak lama lagi.

Kesimpulannya, frasa sendi nama pada peringkat lebih tepat berbanding dengan frasa sendi nama di peringkat.
Dipetik daripada catatan blog Cikgu Abdul Ghalib Yunus,

Read more...

Isi - Isi Penting Karangan

MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Kesalahan yang dikaitkan dengan masalah sosial:
Mencuri, memeras ugut, penyeluk saku, merokok, mengambil dadah ringan seperti ganja
ponteng sekolah, ponteng kelas,merogol, khalwat, hubungan sejenis, sumbang muhrim atau mahram, melepak, bergaduh, tidak menghormati orang yang lebih tua,mengunjungi pusat hiburan seperti disko, pengambilan pil khayal


Punca
1. Ibu bapa mengabaikan tanggungjawab
2. keadaan keluarga porak-peranda
3. Ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak dan memberikan kebebasan
4. Pengaruh rakan sebaya
5. Pengaruh media massa seperti filem lucah dan ganas
6. Masyarakat tidak prihatin dan memandang rendah masalah ini

Kesan masalah sosial dalam kalangan remaja
1. Merugikan masa dan tenaga anak-anak
2. Ibu bapa dan ahli keluarga mendapat malu
3. Masyarakat memandang hina remaja tersebut
4. Akan ditertawakan oleh rakan-rakan
5. Masa depan hancur
6. Negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan

Langkah-langkah mengatasi masalah sosial
1. Ibu bapa mengawal pergerakan anak-anak
2. Peka terhadap perubahan sikap anak-anak
3. Menyelesaikan masalah keluarga
4. Meluangkan masa berbincang dan bersama keluarga
5. Mewujudkan semula fungsi “Rumahku Syurgaku”
6. Memberi didikan agama dan moral kepada anak-anak.

PEKERJA ASING

Maklumat am
pendatang asing
datang dari negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, India, China, dan banyak lagi - ada yang membawa penyakit berjangkit ke Malaysia
setiap tahun, lebih 10,000 ribu pendatang haram ditangkap - meninggalkan anak-anak dan isteri di rumah

Punca kedatangan mereka
1. Kemiskinan
2. Peluang pekerjaan di negara asal terhad
3. Ingin lari daripada kes jenayah yang dilakukan di negara asal
4. Negara asal tidak aman à peperangan, bencana alam, rusuhan kaum
5. Majikan tempatan suka menggaji mereka - gaji rendah
6. Sanggup bekerja untuk jangka masa panjang dan kerja berat

Kesan (Kebaikan)
1. Dapat menampung kekurangan pekerja di sektor perladangan, pertanian
2. Membantu mempercepat proses pembangunan negara
3. Meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran negara dalam pelbagai sektor
4. Meningkatkan percambahan idea antara pekerja asing dan tempatan demi kemajuan

Kesan (Keburukan)
1. Menimbulkan keadaan sesak
2. Bertambahnya kadar jenayah
3. Menularkan kemasukan budaya yang tidak sihat dari negara asal mereka
4. Menyempitkan peluang pekerjaan rakyat tempatan
5. pengeluaran nilai mata wang ringgit (merugikan negara)

Langkah Mengatasinya
1. Pengawasan kawasan sempadan harus diperketat
2. Penghantaran pulang pendatang haram yang ditangkap
3. Memperketat undang-undang
4. Kerajaan harus membenarkan sektor tertentu sahaja yang boleh menggaji pekerja asing

RASUAH

Punca
1. Keimanan yang tidak kuat untuk menolak rasuah
2. Ingin cepat menjadi kaya dengan senang dan mudah
3. Kesalahan menerima rasuah tidak diketahui oleh pegawai atasan
4. Tindakan mengesan rasuah sukar dan memakan masa yang panjang
5. Penerima dan pemberi rasuah mempunyai pelbagai taktik dalam menghulurkan rasuah
6. Orang ramai tidak mahu memberi kerjasama dalam membanterasnya
7. Tidak mahu membayar kadar saman yang terlalu tinggi

Kesan
1. Wujud ketidakadilan dalam masyarakat
2. Profesion Keselamatan akan dipandang hina
3. Golongan miskin terus tertindas
4. Golongan yang membuat kesalahan terus dapat menyembunyikan kesalahan
5. Jenayah terus meningkat tetapi tidak dapat dibanteras
6. Masyarakat luar akan melabelkan Malaysia sebagai sarang rasuah

Langkah-langkah Mengatasinya
1. Memberikan kesedaran kepada orang ramai
2. Menerapkan nilai-nilai murni dan menerangkan natijah rasuah sejak bangku sekolah lagi.
3. Melatih kakitangan kerajaan dan swasta agar lebih bersikap profesional
4. Mengambil tindakan tegas ke atas penerima dan pemberi rasuah
5. Memperkasa dan Mengubah suai fungsi Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar lebih berfungsi dan digeruni
6. Mengikut cara Polis Diraja Hong Kong - Setiap saman yang dikeluarkan oleh pegawai polis akan menyebabkan mereka diberi komisen dan elaun.
7. Kempen memerangi amalan rasuah harus diperhebat di setiap pelosok negara.


TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kebaikannya
1. Membantu memajukan bidang perniagaan
2. Memudahkan perhubungan sesama pekerja atau pelanggan
3. memberikan pulangan yang menguntungkan dalam bidang perniagaan
4. Bercambahnya kafe siber yang menyediakan kemudahan internet
5. Memperoleh pelbagai maklumat
6. Memperluas pengetahuan pelbagai golongan masyarakat
7. Mewujudkan kehidupan yang lebih sejahtera
8. Mewujudkan persaingan yang sihat dalam arus globalisasi

Keburukannya
1. Mengubah struktur dan budaya masyarakat
2. memberi peluang kepada pihak musuh untuk mencuri maklumat dari sesebuah negara
3. Mewujudkan sindrom ketagihan di kalangan pengguna internet
4. Masyarakat terdedah kepada unsur-unsur negatif
5. Meningkatkan masalah sosial
6. membuang masa golongan remaja yang menyalahgunakan internet dengan mewujudkan kegiatan “lepak siber”

Langkah-langkah Mengatasinya
1. Menguatkuasakan undang-undang berkaitan jenayah siber
2. Masyarakat harus diseru agar tidak menyalahgunakan internet untuk tujuan negatif
3. Kerajaan harus berusaha membina aplikasi yang dapat menjaring dan menapis kemasukan unsur-unsur negatif dalam keadaan dasar langit terbuka.
4. Pelajar mesti dididik supaya tidak membuat sesuatu yang mengkhianati negara.
5. Pihak sekolah harus menyalurkan pendidikan dari segi kepentingan teknologi maklumat dalam pembelajaran daripada menanam pemikir4an negatif.
6. Ibu bapa harus berupaya mengetahui kebaikan dan keburukan teknologi dan berusaha dalam mendidik anak-anak mengetahui natijah penyalahgunaan internet.

KAFE SIBER

Kebaikannya
1. Mengembangkan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat
2. Memberi kemudahan kepada sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan melayari internet di rumah
3. Membantu para pelajar mendapatkan maklumat
4. Menggalakkan perhubungan antara manusia
5. Mengembangkan peluang perniagaan
6. Menambah kadar celik komputer di kalangan rakyat Malaysia

Kesan Penyalahgunaannya
1. Melihat dan menyebarkan gambar lucah
2. Menggunakan kata-kata lucah ketika berbual dalam ruangan sembang
3. Penggunaan identiti palsu dalam menjalinkan hubungan
4. Kafe siber menjadi sarang ponteng sekolah, melepak dan pengumpulan kegiatan gengsterisme
5. Kafe siber menjadi tempat bermadu kasih di kalangan remaja
6. Pemikiran pengguna kafe siber dicemari dengan unsur-unsur negatif
7. Kafe siber juga menjadi tempat pelajar belajar merokok, melayari dan berjudi dalam internet
Langkah-langkah mengatasinya
1. Penubuhan kafe sber harus mendapat pemantauan pihak berkuasa
2. Peraturan ketat harus diperkenalkan kepada pengusaha kafe siber yang ingin menjalankan perniagaan tersebut.
3. Kafe siber harus dijadikan tempat larangan pelajar yang berpakaian uniform, merokok dan pelayaran laman web lucah.
4. Pusat siber tidak dibenarkan beroperasi sekurang-kurangnya 2 kilometer dari sekolah atau pusat tuisyen
5. Ibu bapa harus mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak mereka.
6. Pemantauan juga harus dilakukan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa.

BENCANA ALAM ( Gempa bumi, Banjir kilat, hakisan tanah )

Punca Bencana alam
1. Kegiatan pembalakan tidak terkawal
2. Menerima tempias negara-negara jiran
3. Cengkaman tanah longgar
4. Pembangunan yang tidak sistematik
5. Sistem saliran diabaikan dalam pembangunan sesuatu tempat
6. Kurangnya kesedaran sivik di kalangan rakyat

Kesan Banjir kilat, tanah runtuh atau hakisan tanah
1. Kematian meningkat
2. Penyakit berjangkit menular
3. Kerugian harta benda dan dokumen penting
4. Memberi kesan kepada bidang pembangunan dan ekonomi
5. Harta rumah di kawasan berhampiran akan jatuh mendadak
6. Jalan raya terpaksa ditutup dan kesesakan berlaku
7. Anak-anak tidak dapat menghadiri kelas
8. Penduduk tidak dapat pergi bekerja

Cadangan untuk mengatasi masalah
1. Media massa perlulah segera menyebarkan maklumat tentang kemungkinan berlakunya bencana alam agar penduduk bersiap sedia.
2. Pihak bertanggungjawab harus mendidik penduduk tentang cara menyelamatkan diri
3. Kemudahan peralatan yang berteknologi tinggi perlu disediakan
4. Mengharamkan pembinaan bangunan-bangunan tinggi di lereng bukit
5. Bangunan yang tinggi wajar dibina di tempat yang berkedudukan lebih rendah dan berisiko menghadapi banjir
6. Sistem saliran, sungai, parit, dan longkang perlu diperdalam dan diperluas
7. Pembalakan dan penerokaan haruslah dilakukan dengan lebih terancang
8. Penambahan loji-loji bekalan air perlu untuk menampung kegunaan pada musim kemarau
9. Bekalan makanan mesti mencukupi di samping pakaian.


PENCEMARAN ALAM

Punca pencemaran bunyi
1. Kilang
2. Kawasan Perindustrian
3. Tinggal berdekatan dengan jalan raya
4. Anak-anak bising

Kesan
1. Hidup tidak selesa
2. Kesihatan terjejas
3. Hilang semangat
4. Cepat marah

Cadangan untuk mengatasi masalah
1. Beli rumah di kawasan yang sunyi dan mendamaikan
2. Tenangkan fikiran
3. Membuat aduan kepada pihak berkuasa
4. Pindah rumah

Punca pencemaran sungai
1. Pembuangan sisa-sisa toksik dari kilang
2. Penduduk membuang sampah ke dalam sungai sesuka hati
3. Tidak menghargai alam sekitar
4. Kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Kesan
1. Hidupan akuatik terjejas
2. Air sungai tercemar
3. Sumber air terjejas
4. menyusahkan penduduk di pinggir sungai

Cadangan untuk mengatasi masalah
1. Penguatkuasaan undang-undang
2. Meningkatkan kesedaran
3. Membuat aduan kepada pihak berkuasa
4. Kempen secara besar-besaran

KEMALANGAN JALAN RAYA
Punca
1. Kecuaian pemandu yang tidak berdisiplin
2. Minum minuman keras semasa memandu
3. Makan dan minum serta kurang memberikan tumpuan
4. Pengabaian servis kereta
5. Mendengar telefon bimbit sambil memandu
6. Keadaan jalan raya kurang sempurna dan berlubang-lubang
7. Lebuh raya yang terlalu lurus dan mengantuk pemandu
8. Papan tanda kurang jelas
9. Faktor geografi / cuaca seperti angin lintang dan tanah mendap
10. Perlumbaan haram atau tiada lesen memandu
Kesan
1. Kadar kematian meningkat
2. Mangsa cedera parah / mengalami kecacatan
3. Mengakibatkan kerugian
4. Kesesakan jalan berlaku
5. Menyusahkan pengguna jalan raya yang lain
6. Melambatkan perjalanan ke sesuatu destinasi
Langkah mengatasinya
Mendapat rehat yang mencukupi sebelum memandu perjalanan yang jauh
Memasang papan tanda yang jelas terutamanya di kawasan yang berisiko tinggi
Meningkatkan kadar saman bagi pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan
Membina jalan yang tidak terlalu lurus
Memperbanyak perhentian atau kawasan rehat dan tandas
Merancang perjalanan
Membina jejantas untuk pejalan kaki
Mengawal had laju terutama di kawasan yang berselekoh dan berisiko tinggi
Menaik taraf kualiti jalan raya
Jangan makan, minum atau me

Read more...

Karangan Bergambar

Menghargai Jasa Tokoh Negarawan


Gambar di bawah menunjukkan negarawan yang terbilang dari dahulu hingga sekarang. Huraikan cara-cara menghargai jasa tokoh negarawan. Karangan anda hendaklah kurang daripada 120 patah kata.


Negara Malaysia mempunyai banyak tokoh yang tersohor. Antaranya ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Dr. Mahathir Mohammed. Oleh sebab itu, kita mestilah menghargai jasa mereka kerana “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama”.

Cara untuk menghargai negarawan adalah dengan pembinaan muzium negarawan. Di dalam muzium tersebut, kita patutlah menghimpunkan bukti-bukti jasa mereka. Hal ini penting agar masyarakat tahu bahawa tanpa jasa negarawan, negara kita masih berada di takuk lama.

Selain itu, bangunan dan jalan utama negara bolehlah dinamakan dengan nama mereka. Hal ini membuktikan bahawa kerajaan mahu warganegara mengapresiasi bakti mereka kepada nusa. Pelancong asing juga dapat mengenali negarawan.

Biodata mereka wajarlah kita kaji. Dengan ini, pelajar dapat meneladani sikap positif negarawan. Saya percaya, cara ini dapat melahirkan generasi baharu yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Kesimpulannya, jasa negarawan mesti segar dalam ingatan kita. Janganlah kita menjadi warga yang bersikap seperti kacang lupakan kulitnya.

Read more...

Karangan Berformat

Karangan Panjang PMR Ramalan 1 ialah Karangan Jenis Laporan. Baca dan perhatikan format di bawah. Saya berharap para pelajar mempelajari dan mengingati formatnya.

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG COKLAT CADBURY

Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kilang Coklat Cadbury yang terletak di Shah Alam pada 15 Jun 2008. Rombongan ini terdiri daripada empat puluh orang ahli Persatuan Geografi dan tiga orang guru pengiring, yakni Puan Saloma, Puan Zubaidah, dan Puan Siti Muqalmah. Seawal lapan pagi lagi, para pelajar dan guru yang terlibat sudah menaiki bas yang disewa khas oleh ahli jawatankuasa lawatan ini. Perjalanan mengambil masa tiga puluh minit sahaja kerana antara jarak sekolah dengan kilang tersebut hanya 20 kilometer.

Sebaik-baik sahaja tiba di kilang tersebut, rombongan kami disambut dengan tangan terbuka oleh pengurus pemasaran dan promosi, Encik Soo Ming Lei. Encik Soo telah membawa kami ke bilik mesyuarat yang terletak di tingkat tiga Wisma Cadbury. Di dalam bilik mesyuarat itu, kami diberi penerangan sejarah penubuhan kilang coklat secara ringkas tapi jelas. Selepas mendengar taklimat, ahli rombongan pun bersemangat tinggi dan menanyakan pelbagai soalan yang berkaitan dengan kilang coklat tersebut. Hal ini demikian kerana mereka perlu menyediakan laporan lawatan ini.

Program pascataklimat ialah memulakan lawatan ke bahagian memproses coklat. Kami dibawa ke bahagian paling penting, yakni zon penyediaan. Di kawasan itu, kami diberi pakaian berupa tudung kepala, penutup mulut, dan sarung tangan. Langkah penyediaan yang bersih dan selamat adalah penting kata Encik Soo kerana pihak kilang amat mementingkan soal kualiti coklat. Hal ini demikian kerana kebersihan menjamin mutu makanan yang disediakan. Kami melihat sendiri biji koko panggang dikisar dengan sebuah mesin. Selepas itu, koko yang lumat dimasak bersama gula dan susu yang diimport khas.

Selepas proses penyediaan selesai, coklat dalam bentuk cecair pekat yang mencapai kepanasan seratus lima puluh darjah itu disalurkan ke paip besar yang menuju ke bahagian pemprosesan coklat prapembungkusan. Di bahagian itu, kami dapat melihat pelbagai jenis coklat berjaya diproses dengan mesin yang canggih. Mesin itu seterusnya menghantar jongkong-jongkong coklat yang sudah siap diproses menuju ke peringkat pembungkusan mengikut saiz dan perisa. Di bahagian ini, bilangan pekerja yang banyak diperlukan untuk menyudahkan proses pembungkusan sehingga proses akhir, penyimpanan.

Sepanjang lawatan di bahagian penyediaan, kami telah mengemukakan soalan tentang kepentingan penyediaan makanan yang selamat. Sepanjang dua jam lawatan, kami berasa teruja dan berpuas hati dengan penerangan yang disampaikan. Walau bagaimanapun, kami berasa penat kerana kawasan pemprosesan kilang ini amat besar. Di bilik mesyuarat, kami diberi taklimat multimedia berkaitan perancangan masa depan kilang coklat ini. Daripada taklimat multimedia ini, kami berasa kagum akan semangat pengurusan syarikat ini yang memegang para prinsip “genggam bara api biar jadi abu”.

Sebelum mengakhiri lawatan, Pengarah Urusan Kilang Cadbury telah meluangkan masa untuk berjumpa dengan ahli rombongan sekali gus menyampaikan cenderahati kepada kami. Selain itu, kami juga diberi baucar istimewa untuk membeli coklat dengan potongan harga sebanyak dua puluh hingga empat puluh peratus. Selepas bersalam dengan tuan pengarah, kami pun menuju ke kedai coklat yang terletak di sebelah pintu besar kilang itu. Ahli rombongan yang selesai membeli coklat bersiap sedia menaiki bas untuk pulang ke sekolah.

Rombongan ini tiba di sekolah pada pukul dua belas tengah hari. Cikgu Saloma yang bertugas menjaga disiplin pelajar berpuas hati dengan kelakuan ahli rombongan walaupun ada segelintir daripada mereka yang mulut murai. Akhirnya, murid-murid pun pulang ke rumah masing-masing. Lawatan sambil belajar seperti ini amat bermanfaat kepada pelajar. Selain mendapat ilmu dan pengalaman, kami juga berjaya menimba pengetahuan tentang pengurusan kilang. Hal ini ibarat sambil menyelam minum air. Kami berharap lawatan umpama ini akan dijadikan agenda tahunan Persatuan Geografi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Suria.

Read more...

Selasa, 9 Februari 2010

Kesilapan Penggunaan 'adalah' atau 'ialah'

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Kekeliruan penggunaan kedua-dua kata ini dapat dikategorikan seperti berikut:






i) Kesilapan penggunaan kata adalah di tempat ialah


salah : Anak adalah anugerah Allah

betul : Anak ialah anugerah Allah


salah : Kaum wanita adalah elemen

betul : Kaum wanita ialah elemen


salah : Beliau adalah orang yang pertama sampai ke angkasa lepas.

betul : Beliau ialah orang pertama sampai ke angkasa lepas.


salah : Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan pendapat yang bernas.

betul : Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas.



















Read more...

Masa Negara Lain